KUCHING, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mempengerusikan Mesyuarat Kedua bagi Penggal Ketiga Persidangan DUN Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri-Menteri Kabinet Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Timbalan Speaker DUN Sarawak Dato Idris Buang serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).